
Banyak rupanya simptom anxiety disorder ni. Panic attack dan rasa tak real macam dalam alam mimpi antara simptom yang selalu dialami oleh penghidap anxiety.
Anxiety boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Ramai yang sangka yang anxiety ni seperti risau.
Tapi ia tak sama macam risau.
Menurut laman web American Psychiatric Association, anxiety disorder berlainan dari rasa risau atau nervous.
Perasaan risau adalah normal.
Kita semua risau, tak kira usia.
Anxiety ni adalah risau versi next level.
Jom baca 14 simptom anxiety disorder.
Mungkin anda atau orang sekeliling alami simptom-simptom ini.
14 Simptom Anxiety Disorder
1. Rasa gelisah di tempat ramai orang
Orang yang alami anxiety akan rasa gelisah seperti ada yang tak kena.
Rasa gelisah ni seolah seperti kita tunggu nak masuk dewan peperiksaan.
Rasa bimbang tanpa sebab yang jelas.
Rasa tak selesa di tempat ramai orang.
Ada rasa tak kena yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.
Ada sesetengah yang kronik, langsung tak boleh keluar rumah atau memandu disebabkan takut.
2. Susah nak fokus
Susah nak fokus ni simptom yang biasa dialami oleh penghidap anxiety.
Nak membaca kena berkali-kali sebab lambat faham.
Bila dengar orang bercakap pun kena dengar berulang kali sebab tak faham.
Fikiran melayang entah ke mana.
Macam-macam yang difikirkan.
Ini juga kita panggil sebagai ‘brain fog’ atau fikiran serabut.
Masalah ini boleh ganggu prestasi belajar atau kerja.
3. Pening kepala
Pening kepala juga adalah simptom yang sering dialami oleh penghidap anxiety.
Ada yang pening biasa dan kalau kronik, pening melayang-layang.
Pening melayang ni adakalanya rasa melayang-layang bila sedang bergerak atau semasa duduk atau berdiri.
4. Keletihan yang melampau
Orang yang alami anxiety ni dia seolah seperti sentiasa ‘alert’.
Keadaan ini guna lebih banyak tenaga dari biasa. Dan akhirnya buatkan mereka letih.
Walaupun tidur cukup, tapi tetap letih dan lesu.
Umpama enjin kereta yang sentiasa bekerja tanpa henti, lama kelamaan, kereta akan habis minyak.
Keadaan ini juga lama kelamaan akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain jika tak dirawat.
5. Masalah tidur
Orang anxiety juga selalu susah tidur. Otak sentiasa berfikir tanpa henti.
Ada yang juga boleh tidur tapi kerap terjaga tengah malam.
Dan ada juga yang tiba-tiba jadi panik tanpa sebab bila bangun pagi.
Kalau saya dulu, saya boleh tidur tapi terlalu banyak mimpi.
Mimpi yang banyak dan menakutkan.
Selalu juga asyik terjaga tengah malam macam tak cukup nafas.
Masalah tidur ni akan mengganggu mood di siang hari. Ia juga ganggu kesejahteraan mental.
6. Jantung berdebar
Ini masalah ‘common’ yang dialami oleh orang anxiety.
Jantung berdebar di waktu-waktu stress tu normal, tapi orang anxiety ni, jantung sentiasa berdebar tanpa sebab.
Bila buat ECG di hospital, doktor cakap jantung semua ok dan normal.
Keadaan ini akan buatkan penghidap anxiety rasa tak selesa.
Dah pasti kita akan fikir macam-macam sebab kalau sihat, takkan tiba-tiba jantung sentiasa berdebar kan?
7. Sentiasa berpeluh dan kebas kaki tangan
Ini juga antara simptom yang saya alami dulu. Tangan berpeluh walaupun cuaca tak panas.
Berpeluh berlebihan contohnya di dahi membuatkan penghidap anxiety tak selesa.
Ini juga sebabkan rasa malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Selain tu, penghidap anxiety juga sering alami kebas-kebas kaki atau tangan.
Kebas ni berlaku walaupun tubuh bergerak melakukan aktiviti normal seperti memandu atau berjalan.
8. Otot tegang dan sakit belakang
Ini juga adalah simptom normal yang dialami oleh penghidap anxiety.
Rasa tegang pada leher dan bahu.
Keadaan ini selalu berlaku walaupun pada situasi yang tak stress.
Selain tu, sakit belakang, sakit pinggang atau otot juga adalah simptom yang biasa dialami.
Masalah ini menyebabkan penghidap anxiety rasa tak selesa dan letih.
9. Selera makan berubah
Ada sesetengah penghidap anxiety akan alami kurang selera makan.
Ada juga yang tiba-tiba jadi terlebih selera makan. Biasanya yang terlebih makan ni adalah disebabkan untuk ‘menghilangkan’ rasa tak selesa yang dialami.
Jadi, mereka lepaskan pada makanan.
Kadang-kadang lapar, dan adakalanya langsung tak rasa lapar atau nak makan. Ia jadi tak menentu.
Perubahan selera makan ni akan berikan kesan kepada berat badan. Masalah kesihatan lain juga boleh timbul.
10. Rasa ‘tak real’, macam dalam alam mimpi
Rasa macam dalam mimpi atau tak real ni pun ramai penghidap anxiety lalui.
Saya pernah lalui perkara sama.
Dalam English, simptom ni dipanggil derealization dan depersonalisation.
Kadang-kadang lupa siapa diri. Tiba-tiba tak sedar, seakan panic.
Selain dari tu, anda juga mungkin alami masalah selalu lupa.
11. Sering alami panic attack atau cemas
Simptom panik attack ni maksudnya tiba-tiba jadi cemas tanpa sebab.
Atau tiba-tiba seolah macam tak sedar dalam tempoh 1-2 saat.
Kadang-kadang datang rasa terlalu takut tanpa sebab yang jelas.
Kebiasaannya serangan panik ni juga disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar dan rasa nafas seperti tak lepas.
Selain tu, ada juga yang rasa senak pada bawah dada. Seperti ada angin berpusar pada pangkal perut.
12. Takut berlebihan, sentiasa bimbang dan fikiran bukan2
Penghidap anxiety juga mengalami masalah takut berlebihan dan juga fikiran yang bukan-bukan.
Otak sentiasa fikirkan perkara buruk yang boleh berlaku. Dalam English, keadaan ini dipanggil ‘catastrophizing’.
Mereka juga percaya yang perkara buruk ini pasti akan berlaku, betul atau real.
Walaupun secara logiknya, perkara tersebut adalah mustahil.
Fikiran bukan-bukan ini akan menganggu prestasi kerja dan juga hubungan dengan orang sekeliling.
13. Tak boleh dengar perkara negatif
Sesetengah penghidap anxiety ni tak boleh dengar berita-berita sensitif seperti kematian, atau jenayah.
Perkara-perkara sebegini akan buatkan mereka ‘triggered’.
Bila benda ni berlaku, mulalah rasa tak kena, panik, tak senang duduk dan gelisah.
14. Cepat terasa atau emosi tak stabil
Orang anxiety juga kebiasaannya emosi mereka tak stabil.
Mereka jadi cepat terasa dengan orang. Kadang-kadang rasa orang marah atau tak suka pada mereka.
Ada juga yang tiba-tiba menangis tanpa sebab, dan ada juga yang jadi terlalu sensitif atau cepat marah.
Simptom ini menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling sama ada dengan keluarga atau rakan sekerja.
Punca Anxiety
Anxiety adalah simptom yang berpunca daripada masalah penghadaman yang berada dalam keadaan radang akibat ‘leaky gut’.
Bahasa mudah ‘leaky gut’ ini kita sebut sebagai masalah penghadaman.
Punca berlakunya ‘leaky gut’ adalah disebabkan oleh stress.
Untuk sembuh daripada anxiety, kita perlu selesaikan punca, iaitu ‘leaky gut’ tersebut.
Rawat ‘leaky gut’ dan seterusnya selesaikan masalah penghadaman dengan amalkan Hawfi Plus.
Kesimpulan tentang simptom anxiety disorder
Mengenal pasti simptom-simptom anxiety ini penting supaya anda boleh lakukan sesuatu supaya ianya tak berterusan.
Jika tak dirawat anxiety, ia boleh melarat dan menimbulkan masalah kesihatan yang lain.
Anxiety disorder boleh sembuh jika dirawat dengan betul. Anda tak perlu ‘suffer’ selamanya.
Anda juga tak perlu bergantung kepada ubat selamanya.
Dari pengalaman saya yang dah makan pelbagai jenis ubat hospital, simptom seperti angin dan gastrik tetap berlaku walaupun dah makan ubat.
Jika anda ingin sembuh dari anxiety, rawat masalah penghadaman dengan mengamalkan Hawfi Plus dan praktis Mbb di bawah bimbingan Dietect Zahida.
Anda tak perlu ‘living with anxiety’ selamanya. Anda ada peluang untuk hidup normal seperti sebelum ini.
